Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Sabah dengan penuh kesadaran dan keinsafan menyambut ulang tahun penubuhan kali ke 25 di bumi Sabah tanah bertuah. Majlis Pelancaran Sambutan 25 Tahun ABIM Sabah telah diadakan pada 24 Februari 2007 bersamaan 6 Safar 1428H. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Datuk Masidi Manjun, Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Mesej ABIM Sabah sejajar dengan mesej pengutusan Adam a.s iaitu membawa satu revolusi besar kepada dimensi konsep Makhluk - khaliq. Iaitu Makhluk yang ditaklifkan dengan tanggungjawab bukan setakat sebagai hamba yang beriman, pada masa yang sama memakmurkan alam sejagat (kekhalifahan). Bertitik tolak dari pengutusan Adam a.s ini, baginda mempunyai sejumlah kredibiliti kualiti yang tidak mampu ditandingi oleh makhluk lain termasuklah para malaikat dan iblis. Kredibiliti ini pada hakikatnya turut diwarisi oleh semua anak, cucu-cicit Adam a.s. Iaitu adanya infrastruktur dan kefungsiaan Aqal selain Nafsu, Jasad dan Roh. Aqal inilah yang menjadikan sumber daya maju kaum insane. Aqal jugalah yang menentukan kualiti kaum insane. Aqal jugalah yang amat diperlukan dalam melaksanakan tanggungjawab kekhalifahan. Aqal jugalah yang menjaga dan mengawal tingkah-laku sadar hamba dalam dimensi mengabdikan diri kepada khaliqnya.
Selama tempoh berkenaan di persada dakwah, ABIM mempunyai pengalaman tersendiri. Mengiktiraf pencapaian dan menerima kekurangan merupakan satu kesedaran yang amat diperlukan untuk melangkah lebih jauh dan lebih berkesan. Sambutan 25 tahun ABIM Sabah adalah bersandarkan rasa syukur dan tawaddhu untuk menoleh galasan dakwah serta tanggungjawab dan pada masa yang sama merobos masa depan Tamaddun Khyra Ummah yang masih jauh.
Sambutan 25 tahun ABIM Sabah ini mempunyai matlamat untuk meneruskan dan memperkukuhkan kehadiran ABIM Sabah dalam gerak kerja Belia, Dakwah dan Tarbiyyah, agar lebih menyeluruh dan bersepadu. Usaha demikian akan dilaksanakan melalui jalinan kerjasama dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, NGOs mahupun orang perseorangan demi untuk mengangkat martabat umat Islam melalui tema “Mendidik Akal Budi”.
Fokus ABIM Sabah Sempena 25 tahun adalah;
- Memantapkan ahli dengan pembudayaan ilmu dan pandangan alam Islam yang benar melalui skima tarbiyyah yang konsisten dan sistematik।
- Memantapkan keberkesanan pengurusan organisasi dan memperkukuhkan jaringan.
- Memperkukuhkan kehadiran ABIM di Sabah melalui penubuhan cawangan-cawangan daerah yang baru
- Memperkasa pembinaan budaya ilmu dalam kalangan ahli dan masyarakat melalui program keilmuan.
- Memperkukuh kaderisasi melalui pemantapan gerak kerja SISMA dengan menggunakan pendekataan kebijaksanaan da’wah dan tarbiyyah.
- Memperkasakan gerak kerja komuniti yang berkesan melalui pendekatan kebijaksanaan da’wah dan tarbiyyah.
- Memantapkan program pembangunan wanita, keluarga, pendidikan rendah dan pra sekolah.
ABIM berada dalam dua dimensi tugas dan tanggungjawab. Iaitu pertubuhan da’wah yang mengekalkan pendekatan dinamik yang ditunjangi dengan pendekatan da’wah dan tarbiyah. Pada masa yang sama perlu mengekalkan reputasi optimum sebagai badan belia yang memimpin zamannya.